Ahad

Kelebihan dan Amalan dibulan Ramadan


Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan:  ertinya panas terik 
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana) 
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan. 
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin
   dan berakhirnya penyembahan berhala. 
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 
   1000 bulan. 
6) Di pilih untuk ibadat puasa. 
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan dinaungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur) 
2) Bulan penuh keberatan 
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan 
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu 
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda 
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga 
7) Bulan menambah rezeki Memberi buka banyak pahala 
9) Bulan keampunan 
    - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. 
    - juga doa pada sepertiga malam. 
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 
      10 hari pertengahan - pengampunan, 
      10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka. 

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan 
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan 
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya 
   dapat bangun malam 
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat) 
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian) 
7) Solat berjemaah setiap waktu  Solat jemaah di masjid/surau 
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek 
10) Sahur diwaktu akhir 
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur
     dengan air susu 
12) Mandi Janabat sebelum Imsak 
13) Kurangkan tidur 
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh) 
15) Tunaikan Solat Dhuha 
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor) 
17) Tunaikan solat Rawatib 
18) Jaga pacaindera 
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang 
20) hadiri majlis ilmu 
21) Buat baik pd ibubapa 
22) Isteri hendaklah taat pd suami 
23) Banyakkan bersedekah 
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api 
25) Berbuka bersama org tua 
26) Jemput tetamu berbuka 
27) Kurangkan berat badan 
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja) 
29) Baiki hubungan suami isteri 
30) Baiki hubungan jiran 
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan 
32) Elakkan berbelanja berlebihan 
33) Kuatkan kesabaran 
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih 
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar) 
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar 
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu 
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan 
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu 
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri 
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia 
42) Melazimkan solat waktu 
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar 
44) Elakkan banyak berhutang 
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak 
      bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang 
46) Tunaikan zakat fitrah 

2)  Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30) 

1)  Kepada Orang Tua Lemah 
    Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di 
    masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar 

2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang 

- Baca ayat akhir surah Al Baqarah 
- Baca ayat Kursi 
- Baca surah Yaasin 
- Baca surah Al Zalazah 
- Baca surah Al Qafirun 
- Baca surah Al Ikhlas 

3) Bagi orang yamg kuat dan cergas 

- Bangunkan isteri dan anak 
- Mandi 
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan
  baca Al Quran 

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan ) 

- Tarikh turunnya Al Quran 
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik 

Cara Sambut Hari Raya

Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan.

Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. 

Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka,Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita 
Takbir Di Malam Raya 

Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat,  bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk,  kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di  akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir. 

Kesimpulannya 

Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan,  penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk  mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia.  Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg  baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang. 

Wallahua'llam. 

SELAMAT BERPUASA


Jumaat

Fadilat Ayat Kursi




SEJARAH AYAT KURSI 

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan d an kemuliaannya. . Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w.. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya." 

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. 

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. 

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. 

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. 

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. 

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Khamis

ketawa dimasjid gelapkan suasana dikubur





DALAM Islam apa saja yang dilakukan biarlah bersederhana. Sesuatu perbuatan itu jika dilakukan dengan terlampau, biasanya akan membawa padah buruk. 

Begitu juga dengan ketawa. Kata orang, ketawa membuatkan hati seseorang itu riang. Ada juga pendapat bahawa ketawa penawar duka. Namun, banyak ketawa sebenarnya menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati juga tidak berfungsi lagi. 

Nabi Muhammad melarang umatnya daripada gelak-ketawa yang melampau batas. Ini kerana banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barang siapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu. 

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzah yang bakal ditempuhi kelak. Dunia hanya tempat tumpangan sementara. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara, tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab serta menyedarkan diri kita mengenai bahaya yang akan ditempuh. 

*Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur,* demikian ditegaskan oleh Rasulullah. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. 

Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia. 
Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. 

Nabi pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya dilaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat." 

Saidina Ali sentiasa mengeluh: "Jauhnya perjalanan, sedikitnya bekalan" Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, baginda merasakan masih kurang lagi amalan. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam. 

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, bermaksud; *Barang siapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan api neraka.* Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh 
Rasulullah. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat. 

Beberapa sahabatnya pernah berkata "Ketawa segala Nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak." 

Diriwayatkan bahawa Rasulullah suka menziarahi orang sakit dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan walaupun ketika baginda sendiri dalam kesempitan. Baginda amat menghormati tetamu juga tuan rumah. Justeru baginda tidak pernah kelihatan berlunjur walaupun di rumahnya sendiri, malah tidak pernah ketawa dengan kuat. 

Rasulullah adalah seorang insan yang sentiasa tersenyum dan suka menggembirakan orang lain. Sebarang kegusaran dan kehibaan hati akan disembunyikan sedapat mungkin agar tidak diketahui sahabat. Abdullah bin 
Harits menyebut: "Aku tidak pernah melihat seseorang yang sentiasa tersenyum 
melebihi Rasulullah".

Dalam sebuah riwayat lain menceritakan, ketika Rasulullah sedang berjalan tiba-tiba datang seorang lelaki lalu merentap baju baginda dengan kasar sehingga meninggalkan kesan koyak. Lelaki itu memohon kepada Rasulullah untuk diberikan kepadanya sedikit pemberian. Rasulullah sambil tersenyum terus memaafkan lelaki tu. Baginda sememangnya terkenal dengan sikap pemaaf walaupun kepada musuhnya. 

Ketawa pernah disifatkan sebagai *ubat jiwa*. Tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila berlebihan. Imam Hassan Al-Banna pernah berwasiat janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, selalunya tenang dan tenteram

Isnin

Diperlihat 10 seksaan wanita



KETIKA peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w dibawa menaiki buraq menuju ke Kaabah untuk proses pembersihan hati.

Nabi Muahammad s.a.w turut mengalami pelbagai peristiwa, antaranya dada Baginda dibedah malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dada Rasulullah.


Selepas itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimun nubuwwah". Selesai pembedahan, baginda menaiki Buraq meneruskan perjalanan luar biasa itu. Semasa perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, sepanjang perjalanan itu Rasulullah diiringi malaikat Jibrail dan Israfil.

Tiba di tempat mulia dan bersejarah Rasulullah diarah Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat.


Antara tempat-tempat berkenaan ialah negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu daripada Allah serta Baitul-Laham iaitu tempat Nabi 'Isa a.s dilahirkan.


Dalam perjalanan itu, Baginda menghadapi gangguan jin ifrit dengan obor api. Peristiwa itu memperingatkan kepada kita syaitan dan iblis tidak jemu menyesatkan dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Dalam perjalanan Rasulullah ke Masjidil Al-Aqsa, Baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi. Antara pelajaran yang dapat diambil dari peristiwa itu ialah mengenai wanita. Rasulullah s.a.w melewati satu daerah yang mana baunya sangat harum seperti bau kasturi. Baginda bertanya kepada Jibril, daerah apakah yang sedang mereka lewati. Jibril menjawab: ''Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.'' Dia adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah yang kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah memiliki semangat dan jiwa keIslaman kuat hingga mampu mengenepikan keangkuhan Firaun. Kerana kekejaman Firaun, dia dan yang lainnya terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada suatu hari, ketika Masyitah menyisir rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, dia menyebut nama Allah. Ketika sang puteri mendengarnya, bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu? Masyitah pada awalnya enggan menjawab, tetapi setelah didesak berkali-kali, dia akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.


Puteri itu mengadu hingga menyebabkan Firaun sangat marah mengetahui Masyitah menyembah tuhan selain dirinya. Masyitah dipaksa Firaun agar mengakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan. Tetapi dengan penuh keberanian dia berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah." Kata-kata tersebut menimbulkan kemarahan Firaun. Lalu dia memerintahkan menterinya, Hammam, agar membuat patung sapi dari tembaga dan diisi minyak untuk merebus Masyitah dan keluarganya.


Ketika tiba giliran bayinya dimasukkan ke patung sapi, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada keinginan Firaun kerana sangat sayang kepada anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah terjadinya kejadian luar biasa. Secara tiba-tiba bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di jalan yang benar." Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan ''Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa''. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini diperingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk dan Mikraj. Dalam perjalanan terbabit Baginda diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita hingga Rasulullah s.a.w menangis apabila mengenangkannya. Di antaranya perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain.


Seksaan lain ialah perempuan yang digantung dengan lidah, tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan perkataan.


Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin dari suaminya.


Ada pula perempuan yang diikat kedua kakinya serta kedua tangannya sampai ke ubun-ubun, dililit oleh beberapa ekor ular dan kala jengking. Itu adalah balasan kepada perempuan yang mampu solat dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak wuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi bersuci setelah haid dan nifas. Baginda kemudian melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sedangkan di bawahnya ada api yang menyala. Golongan itu adalah perempuan yang berhias agar dilihat oleh lelaki lain dan suka menceritakan keburukan orang lain. Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka membanggakan diri sendiri agar orang melihat perhiasannya. Selain itu, baginda turut menyaksikan seksaan terhadap perempuan yang kepalanya seperti kepala **** dan badannya seperti keledai. Mereka suka mengadu domba dan sangat suka berdusta. Ada juga perempuan yang Baginda lihat, wajahnya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya. Ia adalah akibat daripada perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Selasa

Ciri-Ciri Wanita Syurga


1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.




Jumaat

Bersedekah kunci utama pintu rezeki


MEMBIASAKAN sifat bersedekah adalah kunci utama memperluaskan rezeki dari Allah. Semakin banyak wang, harta, ilmu atau khidmat disedekahkan, bertambah bilangan kunci diberikan Allah SWT untuk membuka segala pintu rezeki, sama ada disedari atau datang secara tiba-tiba. 

Rezeki Allah SWT bukan saja melalui pemerolehan harta kekayaan, pendapatan melimpah ruah, atau ganjaran berbentuk material saja. Sebaliknya setiap kesusahan yang dipermudahkan, keluasan minda daripada belenggu, ketajaman akal membuahkan idea bernas, ilham bermanfaat juga rezeki yang luar biasa datangnya dari Tuhan.

Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya.

Dan sesiapa mengikuti satu jalan untuk mencari ilmu Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga. Tidak berkumpul satu kaum di dalam rumah dari rumah Allah dan saling belajar dan mengajar antara satu sama lain melainkan turunlah ketenangan atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengerumuni mereka dan Allah akan menyebut (nama) mereka di sisi-Nya. Dan sesiapa yang kurang amalannya maka nasab (keturunannya) tidak akan dapat menyempurnakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Namun di sudut hati, bisikan halus syaitan sering menakutkan manusia dengan mendekatkan diri kepada amalan bersedekah boleh menghampiri kepada kefakiran atau kepapaan. 

Umat Islam tidak perlu khuatir membimbangi kekurangan dan kehabisan wang kelak apabila bersedekah, kerana janji Allah SWT tetap melipatgandakan rezeki si pemberi adalah satu keyakinan yang pasti. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki.” (Surah Saba’, ayat 39) 

Ganjaran pahala di sisi Allah SWT kepada orang yang bersedekah juga amat besar dan setiap apa yang disedekahkan akan dilipat gandakan pahalanya. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh pokok, pada tiap-tiap pokok seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261) 

Selain itu, memohon taubat atas dosa silam serta sentiasa banyak beristighfar kepada Allah, boleh membesarkan gerbang rezeki seseorang. 

Lafaz istighfar wajar diutamakan dalam kehidupan umat Islam menjelang masa terluang, tidak terbatas kepada waktu ibadat solat fardu saja. 

Berdasarkan sunnah Rasulullah SAW yang sering beristighfar memohon ampun dari Allah SWT meskipun Baginda seorang nabi yang bersifat maksum. Apatah lagi kepada kita manusia biasa yang kerap terlanjur dengan dosa dan kesalahan. 

Ketakwaan kepada Allah SWT amat diperlukan sebagai asas yang membentuk pertahanan diri dan agama untuk menghindar terdorong melakukan kemungkaran dan apa saja perbuatan tidak diredai Allah