Sabtu

Berilah Kemafaan Semasa Didunia Ini

saling bermaaf-maafan adalah perbuatan yang mulia disisi Allah


BERKATA….Ummi Hani r.a. bahawasanya  Nabi s.a.w telah bersabda:-

Allah telah berfirman:

“Berteriaklah suatu suara “Wahai ahli tauhid! Hendaklah setengah kamu memaafkan setengah yang lain, dan nanti  Aku akan memberikan pahala”. (Riwayat Thabarani)

Huraiannya:

Sebagaimana Allah Ta’ala itu suka mengampunkan dan memaafkan hambaNya diserukan hamba-hambaNya itu agar menurut jejak langkahNya,iaitu suka memaafkan kesalahan antara satu sama lain.

Apabila kesalahan tersebut  belum dimaafkan, tentulah mustahil bagi mereka untuk memasuki syurga, malah jika kesalahan itu tidak dimaafkan oleh orang yang teraniaya,maka perkara tersebut tidak akan selesai,mereka akan tertinggal kebelakang sehingga perkara tersebut akan diadili dengan saksama.

Tidak ada manusia didunia ini tidak pernah membuat salah sama ada kepada Tuhan dan sesama  sendiri.

Adapun yang berkaitan dengan Tuhan, mudahlah Allah memaafkan,jika kita benar-benar memohon keampunannya dengan bersungguh-sungguh tetapi….jika kesalahan itu sesama sendiri adalah  dianjurkan agar kita sentiasa memberikan kemaafan kepada orang lain agar mudah-mudahan kesalahan kita pula dimaafkan.

Kita dianjurkan untuk melaksanakan amalan ini ketika di dunia lagi,supaya kita tidak payah menunggu nanti apabila kita berada dihari kiamat. 

Sesungguhnya …..Allah telah berjanji, bahawa Dia akan memberi kita pahala,jika kita dapat saling bermaaf-maafan sesama sendiri selagi kita masih hidup di dunia ini lagi.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan